Kerajya kelab Yari Verschaeren

Verschaeren merupakan pemain lepasan akademi Anderlecht apabila beliau menyertai kelab itu seawal usia 9 tahun. Pada tahun 2017, Verschaeren telah menandatangani kontrak pertamanya bersama Anderlecht.[2]

Verschaeren melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada 25 November 2018 semasa menentang Sint-Truiden sebelum beliau dikeluarkan pada minit ke-78 permainan yang berakhir dengan kekalahan 4–2.[3] Selang empat hari kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya di Liga Europa menentang Spartak Trnava.[4] Pada 27 Januari 2019, beliau akhirnya menjaringkan gol pertamanya bersama Anderlecht semasa menentang KAS Eupen.